Premis Rise to Power: KLGU

Kisah sebelum Ayah Zan dan Madam Wong menjadi nama besar dunia KLGU. Saksikan perebutan kuasa yang mengubah konco menjadi ketua geng dan keluarga menjadi empayar. Menggambarkan kisah bagaimana satu-satunya wanita yang mengetuai sebuah geng KL mendapatkan kuasanya melalui pelbagai cabaran dan halangan. Madam Wong menentang tradisi keluarga sambil mengatur strateginya untuk menjadi ketua yang berpengaruh dalam dunia gangster yang didominasi oleh kaum lelaki.